".....YANG DICINTA KAN PERGI...YANG DIDAMBA KAN HILANG...HIDUP KAN TERUS BERJALAN...MESKI PENUH DENGAN TANGISAN.......ANDAI BISAKU MENGULANG WAKTU HILANG DAN TERBUANG..ANDAI BISAKU KEMBALI HAPUS SEMUA PEDIH.. ANDAI MUNGKIN AKU BISA KEMBALI ULANG SEGALANYA..TAPI HIDUP TAKKAN BISA...MESKI DENGAN AIRMATA....."

Sunday, May 20, 2012

Yatt Hamzah – Kepala Saya Melekat Di Sejadah

salam
untuk bacaan umum dan untuk keinsafan
semua yg Yatt alami saya rasakan semua ini kerana Kuasa Allah...
wallahualam

Seorang artis Yatt Hamzah yang pernah berlakon dalam drama Ular Emas, kini sudah mula berhijrah ke dunia baru. Yatt telah berkongsi sebuah kisah yang menginsafkan ketika dia beradah di Makkah.



Melayukini.net – Yatt Hamzah – Kepala Saya Melekat Di Sejadah | Siapa sangka satu perubahan seorang artis iaitu Yatt Hamzah kini sudah bertudung dan baru sahaja menunaikan umrah di Makkah. Namun ada satu kisah menarik yang sungguh menginsafkan untuk dikongsi bersama anda semua. Perkongsian ini merupakan suatu bentuk hidayah yang disampaikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Ikuti apakah pengalaman Yatt Hamzah ketika sedang menunaikan solat.
Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini.
Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
sumber : melayukini.net

No comments:

Post a Comment